Banjir: Impak Terhadap PKS di Rantau Panjang2022-11-17T12:01:34+08:00

BANJIR: IMPAK TERHADAP PKS DI RANTAU PANJANG

YEAR: 2021

ISBN NUMBER: 2021

Synopsis: Banjir yang melanda Malaysia pada 2014 merupakan bencana banjir yang terburuk pernah direkodkan dalam tempoh 30 tahun sebelumnya. Bencana ini menenggelamkan sebelas buah negeri di Malaysia termasuklah negeri Kelantan. Bagi negeri Kelantan, fenomena banjir luar biasa ini telah mengakibatkan kerugian infrastruktur dan aset awam yang dianggarkan sebanyak RM200 juta. Namun, kerugian sebenar yang dialami oleh orang awam dan peniaga tidak dapat ditaksirkan dan diterjemahkan kepada suatu nilai yang tepat. Seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati dan merasai trauma dan kesan buruk yang dihadapi oleh mangsa banjir lain seperti kerugian kewangan dan harta benda. Menyedari keseriusan bencana banjir tersebut, pelbagai pihak seperti jabatan kerajaan berserta agensinya, badan bukan kerajaan (NGO), termasuklah orang perseorangan, secara kolektifnya telah mengembleng apa sahaja sumber dan tenaga untuk membantu meringankan beban mangsa banjir termasuklah kerugian kewangan, kerosakan harta benda, mahupun kesan trauma yang dihadapi mereka.